Wednesday

Illusions behind the subject, Friends (Bahasa Malaysia)

Tajuk : Illusi disebalik sebuah subjek, Kawan (sahabat, teman, rakan, geng, bro, sis, dll)

Perkataan kawan ini sebenarnya membawa maksud seseorang yang menjadi pendamping anda ataupun pembantu dikala susah mahupun senang. Kawan juga merupakan peneman anda pabila anda dilanda kesunyian mahupun kegembiraan. Kawan ini juga merupakan insan yang sangat dekat dengan anda secara fizikal mahupun mentaliti.

Pencerahan subjek kawan ini sudah cukup familiar dalam kepala otak manusia. sebut sahaja kawan, teringat wajah-wajah cantik, hensem, buruk, tersengih, hodoh ataupun cacat. Prinsip kawan juga tidak mengenal batas-batas stereotaip manusia terhadap manusia yang lain, yang bermaksud, yang kulit putih akan berkawan dengan yang berkulit hitam

Kejadian kawan ini juga berlaku diluar jangkaan kita, maksudnya kita akan berkawan secara semula jadi samada berdasarkan atas tuntutan profesionalisme, niat hati ataupun memang Tuhan sudah jodohkan anda berkawan dengan kawan anda.

Cukup untuk pengenalan yang membabi buta itu, teruskan ke isi penting dalam tragedi subjek kawan pula.

ilusi - sesuatu yang kita percaya tetapi kita telah diperbodohkan

kawan - (rujuk perkataan berwarna hijau di atas)

Jelas bukan ? Hal ini terjadi apabila sesuatu yang kurang sedap berlaku antara kita, contohnya, rasa iri ataupun dendam. saya sendiri mengalami benda ini. saya akan benci atau marah ataupun iri dengan seseorang sehinggakan kewujudannya langsung tidak dipedulikan. saya sebenarnya tidak menunding mana-mana jari (walhal dalam hati), manusia tidak sempurna bukan ? pernyataan kepala otak busuk saya ini hanyalah pandangan yang saya dapati.

Contoh diatas sebenarnya tidak boleh digunapakai dengan pernyataan asas isi kandungan pos ini, pos ini bermatlamat untuk menyediakan contoh ilusi yang saya sendiri pernah nampak ataupun saya sendiri yang lakukan.

Ilusinya begini,

Si Kuning berkawan dengan si Purple, mereka sentiasa bersama dan berkongsi segala-galanya. Dalam masa yang sama si Purple ini ada teman lain contohnya si Coklat dan si Merah. Satu waktu si Kuning ini bersendirian dan datanglah si Purple dengan teman yang lain (si Coklat dan si Merah). Si Merah ini mengajuk-ajukkan si Kuning, si Kuning tidak kisah sebenarnya sebab si Kuning tidak berapa rapat dengan si Merah tetapi si Purple pula terjoin si Merah dan si Coklat mengajuk-ajukkan si Kuning, maksudnya diorang gang up against si Kuning. Si Kuning tidak kisah sebenarnya dengan ajukan kedua-dua warna tersebut namun dia tidak faham kenapa si Purple sanggup bersama-sama berganding bahu untuk menyediakan batu hinaan dan dilontarkan kepada dia (si Kuning)

Banyak orang cakap, kawan ketawa makbapakcucucicitgenerasikesepuluh ramai pun ada, namun kawan menangis susah mau cari, senang lagi cari ikan emas dalam hutan amazon. Saya pun masih tidak faham kewujudan ilusi ini, sebab saya sendiri macam kurang ajar melakukan benda yang sama. Terkadang saya terdetik dalam hati bahawa saya telah melakukan benda yang sedemikian rupa dan entah saitan mana yang rasuk, siap bagi ekstra insult lagi. dan saya bila dalam situasi si Kuning, saya terus teringat karma itu ada.

So, secara jujurnya sebagai teman, perilaku kita cukup diperhatikan oleh si teman yang lain. Bukan bermaksud, yang kita perlu berlakon bagai Rachel Berry segala ... tapi batas dia tetap ada, kalau memang mau hina ataupun memang babi lah kawan anda tersebut, cakap baik-baik, bagi hint, mild sacrasm ataupun ignore it. Kalau terikut-ikut dengan kawan mau mengaibkan kawan anda itu, cukup lah just cakap yang ringan-ringan ... sebab dia kawan, dia faham anda, anda faham dia. semoga semuanya faham dan tiada salah sangka